nana johari

June 17, 2011

Buat corak dalam huruf (Clipping Mask)


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak rajinkan diri buat tuto pasal clipping mask ni . Tuto ni dah lama gila gila aku nak buat . Lastnya jumpa jugak , thanks to wanhazel , beliau memang sungguh membantu . Oh ni versi aku.

First , korang cari lah dulu korang punya corak . boleh carik dalam pak cik Google . Pilih je mana-mana image yang korang selalu jadikan background blog tuu . Save image tu .

Next , bukak korang punya Photoshop . File > New > Pilih yang transparent . Macam bawah ni .


Click okay . Lepas tu , tekan File > Open > Bukak image yang korang save tadi tu . Macam bawah ni. Gambar bunga warna purple tu image yang aku nak guna .


Kemudian , tekan 'T' dalam tool box tuu , pastu tulis lah apa apa kat dalam image transparent korang tu . Macam gambar bawah nii .


Pastu tekan benda yang aku petakkan warna merah nii .


Korang cut image bercorak korang tadi . Sebesar-besar yang mungkin , jangan terkeluar corak sudahlah . Lepas tu , tekan CTRL+C . Korang click pulak pada image yang korang dah tulis nama tadi , then tekan CTRL+V . Dia akan jadi macam gini ,


Okayy , lepas image bercorak tu dah muncul dalam image nama korang tadi , tekan anak panah kat dalam toolbox tuu . Ikut gambar di atas . Tarik image bercorak korang tadi , sebesar yang mungkin , sampai tertutup nama korang tadi . Macam gambar atas nii (aku dah tarik dah image tu baru aku printscreen)

Sudah? Nampak tak layer 1 dalam kotak kecik nii , 


Korang right click layer tu . Lepas tu dia akan keluar macam ni ,


Tekan benda yang dalam kotak merah tuu . Click to enlarge gambar di atas . Nanti korang akan nampak tulisan korang dah bercorak . Kalau nak design outline tulisan tuu , korang right click pulak kat image font korang tadi , ikut gambar di bawah


Pastu dia akan keluar benda nii ,


Tekan Blending Options . Lepas tu sila lah adjust.
Dah siap.


Adios.