nana johari

July 22, 2012

Tutorial : Install Fonts [Windows 7]



Assalamualaikum.
Orang dah buat tutor ni aku baru nak buat.
First korang download lah dulu font yang korang nak tu. Korang boleh carik di SINI or SINI. Dah carik tu, tekanlah download.

Kemudian korang bukak files tu tadi. Kalau korang download terus ke dalam File Download, korang bukak lah file download. Kalau korang download terus ke Desktop, korang check je lah kat desktop.

Nanti korang akan jumpa file bentuk buku ataupun bentuk kotak. Right click pada icon tu, dan carik Extract. Kalau style aku, aku buat macam ni,


Ignore File Download aku yang bersepah. Aku belum kemas lagi lol. Memandangkan aku ada software ZIP Archive tu, aku tekan situ je. Kalau korang tak ada, korang carik je 'Extract' . Dan tekan. Apa apa soalan lepas tu tekan OK je lol.

Kalau yang macam aku, aku buat macam ni. Lepas dah tekan ZIP Archive tu, dia jadi cenggini


Akan muncul benda ni,


Hasil lepas di extract, akan keluar file macam ni,


Okay yang aku petakkan tu lah file font kita tadi. Sekarang, korang bukak My Computer. Cari Folder C, atau aku panggil System.


Bukak dan akan muncul macam ni, click pada Windows.


Carik file bawah ni,


Dan open. Kemudian korang drag file font yang korang download tadi, masuk ke dalam file Fonts tu. Macam ni,


Tolonglah ignore aku punya desktop yang bersepah tu aha aha. Lepas tu siaplah. Dah di install. Kalau korang bukak Photoshop ke Photoscape ke, font tu dah ada kat situ.

Adios.

July 19, 2012

Tutorial : Drag photo ke dalam layer baru [CS3]



Assalamualaikum.

Aku buat short tutor hari ni. Adalah beberapa orang tanya macam mana nak drag photo ke dalam layer baru. Tapi kalau cakap dengan aku ni, ibarat simbah air ke daun keladi . Aku approve je komen tapi otak melayang tah ke mana bukan paham pun soalan dalam komen tu lol ok sorry ._."

So here. Guna CS3. Nasib baik aku ada spare part CS3 lol. 

First. Open CS3 korang. Click File > New dan create new layer. Kalau nak edit edit tu, lagi afdal set as transparent. Tapi dalam contoh aku ni, aku set as White.


Ignore gambar Myungsoo kat belakang tu lol. Dah, tekan OK. Nanti jadi macam ni kan.


Upload pulak gambar yang korang nak guna tu. Ikut cara di atas dan nanti jadi macam bawah ni,


Okay. Sekarang, kat printscreen aku yang atas tu, layer kita yang tadi warna putih tu dah hilang. Sekarang korang kecikkan tab gambar yang korang baru upload tu. Nanti macam ni rupanya,


Kemudian ikut step bawah ni,


Dan jadilah macam ni,


Tamat.

Kalau tak boleh jugak tu aku tak tahu lah ._. Maybe korang kena tukar Mode Image. Macam ni,


Click pada layer gambar yang korang nak drag tu. Kemudian korang click Image, dan pergi ke Mode. Set as RGB Color. Lepas tu try drag sekali lagi sebab kadang-kadang kalau image tu dalam bentuk Indexed Color, dia tak boleh nak di drag. So ubah mode dulu.

Adios