nana johari

February 17, 2013

G.Tutorial : Blend Poster [Bright Background]


Don't re-tutorial

Assalamualaikum.

Benda ni aku pernah buat dulu tapi aku delete lol. So ni re-new. Aku tunjuk macam mana nak blend kedua-dua gambar je. Background poster cerah, background gambar pun cerah. Kalau nak buat background cerah, elok guna gambar yang background-nya cerah; tak banyak kerja nak buat nanti.

Aku guna gambar ni,


CTRL + Click kalau nak ambik. Gambar ni besar.

First. Bila tengok gambar tu, tona warna dan kecerahan kedua-dua gambar tu berbeza. Bila tona warna berbeza aku akan samakan. Sama ada samakan yang kiri dengan yang kanan atau yang kanan dengan yang kiri. Dalam hal ni aku cerahkan yang kiri guna kaedah Curve. Gambar kanan tu warnanya seakan biru ungu pink sikit. Jadi aku tukar warna gambar yang kiri guna kaedah Color Balance.

Macam biasa;
Open Photoshop, File > New; akan keluar macam ni


Width, Height ikut suka hati korang

Open gambar yang korang nak edit tu. Kalau dalam kes aku ni, aku upload gambar yang dua tadi tu lah. Kemudian drag masuk ke dalam file yang korang create awal-awal tu. Nak drag, tekan lama pada gambar dan tarik je ke arah yang dikehendaki. Lepas tu kalau tona warna gambar tak sama, samakan macam aku cakap tu. 

Bawah ni aku dah samakan tona/kecerahan gambar walaupun .. tak ada lah sama sangat hahaha ok tak boleh nak samakan lagi dah ni hasil maximum.


Macam gambar atas ni, korang susun gambar characters tu betul-betul. Lepas tu tukar kedua-dua mode layers tu kepada Multiply. Nanti dia akan bertindih macam ni,


Confirm lah tak lawa kalau bertindih macam tu. 

Sekarang korang tentukan gambar yang mana nak berada di depan dan gambar yang mana nak berada di belakang. Aku nak gambar di Layer 1 tu di hadapan, jadi Layer 1 tu mesti di atas Layer 2.

Cara nak buang bahagian bertindih tu; 
Kalau korang buat macam aku, Gambar 1 di hadapan Gambar 2, maknanya yang kena padam di bahagian yang bertindih tu ialah bahagian Gambar 2.  

Sila click pada Layer 2 dan click Eraser Tool. Right click pada image akan keluar kotak mata pemadam macam bawah ni,


Pilih macam yang aku pilih tu. Semua PS mesti ada jenis yang itu. Besarkan saiz ikut suka hati korang, lagi besar lagi bagus tapi jangan besar sangat. Opacity pun kurangkan. 

Lepas tu padam. Padam bahagian yang bertindih macam aku cakap tadi. Dan padam di sekeliling gambar, untuk buang garisan gambar tu. Aku cadangkan, waktu korang memadam tu, sila main dengan opacity. 

Dah siap, akan jadi macam ni;


Sekarang nak masuk warna pada background. Aku guna plain warna je. 
Click pada layer Background. Tekan New Layer macam button kat bawah ni, nanti akan muncul Layer 3 yang kosong.


Ikut steps dalam gambar bawah ni;
Tekan pada Layer 3, kendian /kemudian/ pergi tekan Fill Tool. Ubah warna di tempat yang aku petakkan tu. Kalau nak warna yang aku guna, bawah ni ada code dia. Last sekali click pada image.


Taraah.


Okay sekarang. Bila tengok balik poster tu macam suram sangat. Kalau korang rasa tak puas hati dengan kesuraman poster tu lol, korang boleh ubah Curve atau Exposure untuk setiap gambar. Ikut masing-masing lah nak buat poster jenis macam mana. 

Aku ubah benda alah tu so dia jadi macam ni, pekat sikit.


Untuk jadi macam poster kat atas sekali tu, bergantung pada textures. Sorry aku tak boleh nak bagi texture yang aku guna kat sini sebab sesetengah texture kena credit dan aku lupa siapa owner textures tu. 

Steps masukkan textures;
Open texture yang korang nak guna. Dan drag masuk ke atas layer poster tu macam korang drag masuk gambar tadi. Lepas tu mainlah dengan mode layer texture tu, tukar kepada Soft Light ke, Multiply ke. Ikut mana yang sesuai.

Lepas dah siap masukkan textures, tekan Shift + CTRL + ALT + E serentak. Nanti akan muncul satu layer baru kat atas semua layers korang tu. Layer baru tu ialah gabungan semua layer korang buat tadi. Macam bawah ni, layer baru yang aku petakkan merah ialah gabungan layers yang aku petakkan kuning.


Step nak bagi lagi blend. Ikut gambar atas ni. Filter > Blur > Surface Blur.

Kalau dah puas hati, korang masukkan fonts/titles pula.


Aku guna 5 textures. Satu bagi effect kat background, satu bagi effect kat bawah, satu kat tengah, dua kat gambar characters. All light textures. Nak cari light textures, type je kat kotak search Deviantart atau Google. Bersepah.

Siap ehe. Good luck!
Adios.

Photoshop : Color Balance



Assalamualaikum.

Rupanya aku tak buat tutor pasal benda ni lagi lol.
So. Tengok gambar kat atas tu, dia ada banyak versi warna kan. Nak tukar tona warna kepada banyak jenis warna boleh guna Color Balance.

First, open Photoshop apa apa CS pun.
Open gambar yang korang nak edit dan tekan macam bawah ni,


Lepas tu akan muncul benda alah ni.


Korang ubahlah ikut suka hati. Semua boleh ubah lol.

Adios.

February 16, 2013

Tutorial : How to find HQ photos



Assalamualaikum

Bagi yang selalu edit edit ni kan, agak frust bila kita terjumpa satu gambar yang lawa gila tapi bila click, size-nya kecik nak mampuih besar siput. So dengan hampanya terpaksa cari gambar lain. 

Wait. Tak payah. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Let's say yang seorang manusia ni kepala batu nak jugak gambar tu tapi nak dalam HQ. 
Simple;

First, pergi open pakcik Gugel yang bijaksana tu dan type je apa-apa gambar yang korang nak. Tekan bahagian image. Kemudian korang pilihlah gambar yang korang nak. Nanti keluar macam ni,


Yang aku petakkan merah tu size gambar yang dijumpai. Tekan yang aku petakkan kuning tu. More sizes.
Then wallah,


Sila jerit dengan seronoknya. Yang aku petak merah tu saiznya lagi besar daripada yang sebelum ni. 

Cara nak ambik; 
Click pada gambar dan tekan yang aku petakkan ni. View original image. Pastu right click dan save.


Maklumat tambahan: Untuk gambar yang diedit oleh para pengguna tumblr, selalunya tak ada saiz yang lagi besar daripada 550px. Yang ada saiz lagi besar sampai 1000px ni mostly gambar photoshoot. 

Adios.

February 6, 2013

Tutorial : Simple Blend Poster i



Assalamualaikum.
This kind kot? Sorry aku tak sure dia maksudkan macam mana. Kalau poster macam Aishiteru, aku guna gambar size kecil, dalam 500x400 px macam tu. 

So here. Diperlukan; 

  • Photoshop tak kisah pun CS berapa. 
  • Gambar yang bersaiz lebih kurang 500x400 macam tu. [kalau tak faham, tengok contoh ni]


First step. Open Photoshop, create new image di bahagian File. Nanti akan keluar benda ni, macam biasa; height width bergantung pada kehendak masing-masing.


Nanti akan muncul layer putih. 
Lepas tu open gambar yang korang nak edit. File > Open. Dah open, drag gambar tersebut masuk dalam layer putih yang korang created tadi. Tekan, tarik dan lepas. Kalau tak reti nak drag, tengok senarai tutorials aku, ada tutor macam mana nak drag masuk gambar.


Susun letak macam atas ni. Nak ubah pun ikut suka hati lah tapi aku tunjuk contoh kedudukannya macam atas ni lol. Then sila click pada layer background, tekan Fill Tool dan pilih warna di kotak warna. Click pada background putih tu. Turutan macam dalam gambar bawah ni,


Jangan pelik kalau warna background tu berubah dalam screenshots aku ni

Kemudian, tekan pada layer gambar korang tadi. Lepas tu click Eraser Tool dan ubah opacity kepada bawah 50%. Pastikan saiz mata eraser tu besar dan blur di sekelilingnya. Macam ni,


Kalau nak dapatkan kotak kat bawah tu, just right click pada mana-mana bahagian lepas korang tekan Eraser Tool tadi.

Lepas tu padam bahagian bawah gambar tersebut. Semakin korang padam ke atas, sila guna saiz mata tool yang lagi besar dan opacity yang makin perlahan. Nanti dia akan well blend. Lagi afdal kalau korang ubah mode gambar nak diedit tu kepada Multiply.


Siap, macam atas ni. So sekarang tinggal nak masuk texture. Aku tak boleh bagi texture ni kat sini sebab texture ni bukan aku punya. Lagipun aku lupa dari mana aku dapat lol. Rasanya link owner texture ni ada dalam list credit kat bahagian tag aku tu. Sila guna light texture, boleh search kat Deviantart.

Open dan drag masuk dalam layer poster korang tadi.
Ubah mode kepada screen, seeloknya.


Lepas tu siap.
Like this yo like this lol.


Adios.