nana johari

April 29, 2013

G.Tutorial : Simple Romcom Poster



Do not re-tutorial

Assalamualaikum.

Macam yang atas tu. Maksud aku, bentuk susunan macam poster di atas. Macam biasa, aku tak buat tutor bahagian fonts. Fonts tu simple editing je. Right click pada layer dan Blending Options.

Apa yang diperlukan:
  • Photoshop CS berapa pun tak kesah.
  • Gambar watak 
  • Pattern - [background petak-petak tu]

*   *   *


Step 1 : Background. 

Open Photoshop. 
File > New > Create new image; macam bawah ni


Nanti akan muncul satu image yang berwarna putih. 
Buat seperti di bawah ini


[1] Create new layer.
[2] Akan muncul satu layer di atas background image korang yang warna putih tadi tu
[3] Tukar warna, aku guna warna kelabu sebab nak buat background warna putih-kelabu
[4] Click Fill Tool
[5] Click pada image

Then dia akan jadi warna yang korang pilih tu.


*    *    *

Step 2 : Pattern

Sebenarnya korang boleh replace-kan Step 1 dan Step 2, dengan menggunakan texture bercorak. Tapi aku tak ada texture bercorak, so aku guna kaedah pattern. Kalau korang guna texture, just open texture dan drag masuk new image korang tu; jadikan sebagai background.

Ok sambung.
Sila Right Click pada layer yang berwarna kelabu tadi tu. Dan pilih Blending Options. Or kalau nak senang, korang double-click je pada layer tu.


Ubah Fill Opacity macam di atas ni. Buat dalam lingkungan 0-20%
Kemudian tekan bahagian Pattern Overlay.


Siapa yang tak pernah download Pattern, boleh ikut tutor INI. Pattern boleh dicari kat google je. Boleh search; Photoshop Pattern Download. Nanti banyak jenis yang akan keluar. Pilih je. 

Siapa yang pernah buat tu, sila continue;

Click anak panah yang aku petakkan merah tu. Pilih mana-mana pattern yang korang nak. Boleh jugak ubah opacity. Then click OK

Akan jadi bercorak macam screenshot bawah ni.


*    *    *

Step 3 : Characters' Boxes


[1] Create new layer semula
[2] Akan muncul satu layer baru 
[3] Click tool yang aku petakkan tu
[4]Ubah Style kepada Fixed Size dan bahagian Width/Height tu korang kena kira sendiri. Pastikan seimbang. Ya ilmu matematik memainkan peranan untuk part ni lol. Siapa yang buat saiz image macam aku ni, korang boleh lah ikut ukuran aku. /bukan betul sangat pun kiraan tu aku tibai je/
[5] Simply click pada image, nanti akan terbentuk kotak dengan garisan putus-putus
[6] Terus click Fill Tool
[7] Pilih warna yang disukai lol /aku pilih warna biru/
[8] Click di tengah kotak bergarisan putus-putus tadi tu.

So akan terhasil satu kotak berwarna. 
Repeat the same step bagi membuat kotak yang sama di sebelah kotak korang baru buat tadi tu.

Kalau korang perhatikan poster di atas, ada cahaya putih di tengah-tengah warna kotak biru dan pink tu. Macam glow kan?

Here,


Sila click pada Layer Kotak 1 korang (kotak biru aku)
[1] Create new layer
[2] Akan muncul layer baru di atas layer kotak pertama
[3] Click tool yang aku petakkan tu
[4] Click je kat kotak berwarna korang tadi, nanti akan automatik terbentuk kotak dengan garisan putus-putus. Letakkan kotak bergarisan tu bagi betul-betul sama dengan kotak asal yang berwarna.
[5] Click Brush Tool
[6] Pilih warna putih
[7] Nak tukar mata brush, boleh right click pada image. Nanti akan keluar petak dan jenis mata brush tu. 
[8] Pastikan size besar, dan guna brush yang ada blur di sekeliling. 
[9] Ubah opacity. Jangan pekat sangat, jangan slow sangat. Sederhana.
[10] Click hanya sekali, di tengah-tengah kotak bergarisan/berwarna tu.

Kalau warna putih tu pekat sangat, korang ubah opacity layer di layers box. 
Jadilah macam ni,


Now nak buat kat kotak di sebelahnya. No need ulang steps macam aku buat atas tu. Korang boleh terus click pada Layer cahaya putih tu /aku tak tahu nak panggil apa/, Right Click dan Duplicate.

Macam bawah ni,


Now drag/tarik Layer Copy tu ke atas Layer Kotak 2
Macam ni, 


[1] Click pada tool di atas sekali tu /di tool box/
[2] Just drag ke sebelah.


*    *    *

Step 4 : Characters

Boleh ikut tutor INI
Kemudian drag masuk gambar yang sudah di cut ke dalam image poster korang tu. Yang guna CS3, tapi tak tahu nak drag gambar, ikut tutor INI. Yang guna CS5/CS6, boleh tarik keluar tab image dan drag masuk gambar character tu.

Jadi begini.


Cara nak letak shadow putih tersebut, 
Just Right Click or double-click pada Layer Character. Blending Options. Then apply lah Shadow. Kalau korang nak buat exactly macam yang aku buat tu, boleh ikut ini


Click OK. 
Then buat step yang sama untuk gambar di sebelah.

Lepas tu korang insert lah fonts, click T tool di tool box. 

Bila dah siap semua, click pada layer yang berada di atas sekali dalam kotak layers. 
Then, CTRL + SHIFT + ALT + E. Akan muncul layer yang siap sudah di-merged. 

Oh jangan lupa apply Sharpen di akhir proses.
Filter > Sharpen > Smart Sharpen. 

Adios.

April 9, 2013

Freebies : Photoshop Textures [Design]


Assalamualaikum

Hai. Hai hai hai dan hai.
So here. Yang segi segi seperti dalam poster di atas. Boleh ubah warna ikut step Color Balance. Rujuk list tutors, ada tutor pasal color balance. Size 800x800px ok gedabak dont worry. No need to credit, please just drop a comment. Setel.

CTRL + CLICK untuk ambil





April 4, 2013

Photoshop : Pattern Effect [Duplicate and Stroke]



Dont re-tutorial.

Assalamualaikum.
Effect seperti gambar manusia di atas tu. Ehem. Ada dua jenis, satu yang kiri dan satu yang kanan tu. Yang kiri aku dah buat sebelum ni, tapi re-new. Yang kanan belum lagi.

Apa yang diperlukan, macam biasa;
Photoshop, tak kisah CS berapa sekalipun.
Gambar yang mahu di-edit.


*    *    *

Basic step
Open Photoshop.
File > Open > Open gambar yang mahu di-edit.

Bila gambar dah open, korang buat step INI. Sebab kita nak guna figura gambar tu semata-mata, tanpa background.

Dah siap, gambar tu akan jadi macam screenshot bawah ni. Background tu aku tambah, korang boleh nampak ada layer background [1] yang berwarna kelabu. Tak nak tambah layer background pun tak apa. No hal.

EFFECT 1 [left]


Sekarang click pada layer gambar yang telah di-cut tadi. Right click, dan akan muncul macam ni.


Duplicate.
Lepas korang duplicate, akan muncul salinan untuk layer gambar korang tadi tu. Click pada layer copy tersebut, right click dan pilih Blending Options. Begini,


Nanti akan muncul macam ni,


Yessue. Buat macam atas tu, tukarkan Fill Opacity kepada angka sifar.
Kemudian click pada bahagian Pattern Overlay. Buat macam bawah ni,


Patterns yang korang boleh nampak kat screenshot atas ni, aku download. Sesiapa yang tak ada pattern lagi, just search kat google, Photoshop Pattern Download. Kalau malas sangat nak search, nah aku kasi. LINK [these patterns are not mine, credit to the owner]. Lepas dah download tu, kalau tak tahu macam mana nak load masuk Photoshop, boleh ikut tutor INI.

Okay. Sambung step dalam screenshot atas tu lol. Pilih mana-mana pattern yang korang berkenan. Boleh ubah Opacity dan so on. Kemudian click OK.


Layer korang akan jadi macam layer yang aku petakkan dalam gambar atas ni.
Sekarang drag layer copy tu ke bawah layer asal.

Sebenarnya kalau nak skip step drag layer ni, korang boleh apply pattern pada layer asal [yang di bawah] tu instead yang di atas. Tapi memandangkan aku dah screenshot baru tersedar, ahahaha aku tunjuk guna kaedah ni.

Jadi begini,


Click [1]
Nanti akan muncul [2]
[3], drag/click dan tarik gambar tu ke tepi. Suka hati lah nak ke tepi kiri or ke tepi kanan.

Jadilah macam ni.



*   *   *

EFFECT 2 [right]

Yang di bahagian kanan [rujuk gambar atas sekali]
Repeat Basic Step.

Sekarang click pada gambar yang telah di-cut tadi. Dan tekan Blending Options. Begini,


Macam biasa. Akan muncul lah tab Blending Options tu. 
Click bahagian Stroke.

Gini,


Ubah bahagian Fill Type tu kepada Pattern

Lepas tu buat lah step load pattern macam biasa. Kalau korang skip tutorial effect 1, sila rujuk di bahagian load pattern; aku dah nyatakan di tutor effect 1. Tak pun buka aku punya list tutorials, ada tutor load pattern.


Semua yang aku petakkan di screenshot atas ni, semua boleh ubah. Sila ber-eksperiment lol.
Maka jadi lah begini


Good luck! 
Oh bagi sesiapa yang belum tahu, aku dah tukar blog. Navigation; Personal. 

Adios.